Blogger Backgrounds
Domo-kun Mad

DIA LAH SEGALANYA ! inspirasiku hingga akhir hayat !

DIA LAH SEGALANYA ! inspirasiku hingga akhir hayat !
NORHAYATI BINTI SAIRI...teman meluahkan segalanya- doamu itu satu rahmat <3

Sunday, 16 June 2013

ANAK ITU HARTA

Dengan nama Allah yang maha permurah lagi maha mengasihani

Assalamualaikum W.B.T

Ya Allah
nak menagis mata hati ini
syukurnya aku kau kurniakan mereka menjadi ibubapa ku
Ya Allah
tiada apa yang dapat aku balas

bermulanya disini :

Arif tanya aku balik Perak bila
dia and budak-budak ni balik selase
oh man !
kalau aku balik saing diorang
aku sorang2 lah duduk rumah sewe
aku ingat nak balik sabtu
ahad kemas2 barang
isnin dah start kelas
nak ajak kawan yang lain ?
siapa je ?
abang ? 
memang tak ah,dia dah melekat kat johor sebab praktikal
kalau ajak membe perempuan yang lain
hheemmm
boleh jadi diorang pun mak bapa yang antar kan

bila mak tanya aku balik dengan siapa
aku jawab
"tak tahu lagi"
last-last mak kate
"kalau takde kawan, mak follow pegi perak, boleh ?"
hah ?
terkezut kite ! hikhik
and aku jawab dengan cool
 "boleh tapi nanti kang menyusahkan mak, bnyak guna duit kang"

maksudnya disini
aku drive viva
mak ayah follow belakang naik avanza
kau bayangkanlah
bukannya roud to kampung ke pasar ke ape ke
tapi ke PERAK WOI !
minyak ? tol ? penat ?
pergh !!!


tiba-tiba adik menyampuk
adik : mak suka tau macam tu
mak : eh ! anak ek bang, HARTA tuuu, ANAK TU HARTA tahu tak, ingat apa ?

k hati gua dah sayu
tapi gua cool lagi bebeh
peace !

bila hati dah sayu
kepala otak aku pun teringat kisah2 lalu

kau tahu, aku pernah tumpang kakak sedare mimi balik johor masa tu
kitorang sampai johor pukul 1 pagi lebih kurang
ayah aku kerja security kat tapak perlupusan sampah kat seelong tu
malu ? 
aku tak pernah malu
aku bangga !
ayah aku keje siang malam
untuk sara hidup kami
siang dia keje drive lori
malam kerja security
security kan kene kunci jam
bila tiba giliran kawan ayah aku pulak kunci jam
ayah aku tido sekejap
rehat
kawan2 ayah aku faham
ayah aku kerja siang malam
mase tu aku call mak yang aku dah sampai johor
sepatutnya mak and ayah aku ambil aku kat tol kulai masa tu
mak call ayah
tapi ayah tak angkat sebab ayah tidur
mak cekalkan hati dia
bawak motor lalu jalan seelong tu sebab nak gi tempat kerja ayah
kau tahu jalan seelong tu macam mana ?
macam HAIWAY KARAK kau tahu tak !
gelap gelita
kiri kanan pokok semata
lalu kawasan perkuburan kampung aku pulak tu
mak aku gi tempat kerja ayah aku semata nak kejut ayah aku sebab diorang nak amek aku kat tol kulai
kau bayangkan ?
mak aku tu penakut sebenarnya
aku kenal dia
iklan hantu pun dia taknak tengok
tapi semata-mata demi aku 
dia punye CEKAL bawak motor kat jalan seelong tu
Subhanallah
Ya Allah
kau sentiasa kurniakan aku orang yang baik-baik di sekeliling aku
hinanya aku kalau aku tak bersyukur Ya Allah
YA ALLAH ! YA ALLAH ! YA ALLAH !
(halamak, air mata gua nak meleleh lah siak!)

satu lagi cerita 
mase rumah aku kene rompak
dalam bilik tu cuma aku, mak and adik
rumah aku kecik
menumpang rumah atok
bilik pun 1 je, diding je sebagai pemisah
(kalau kau tengok, kau faham)
kau bayangkanlah rumah kene rompak
ayah kerja malam
kami semua perempuan dalam bilik tu
pakcik rumah sebelah memang tak dengar
atok bilik sebelah pun tak dengar
mak aku kata kat pencuri tu
mak aku nak duduk dengan aku
sambil kata jangan apa-apakan kitorang
kenapa mak aku nak duduk dengan aku masa tu?
sebab aku anak dia
harta dunia akhirat dia
aku anak dara dia
tak mustahil untuk pencuri tu rogol aku
bila pencuri tu tak jumpa barang kemas mak aku
dia acu parang kat leher mak aku
sambil ugut
"akak, mana barang kemas akak? kalau akak tak bagitahu, saya apa-apakan anak akak"
mak terus bagitahu kat mana bende tu
kenapa mak aku bagitahu ?
bende takyah cakap pun kauorang boleh faham kan

kadang2 bila story balik pasal rompakan tu
mak selalu cakap
"ala harta dunia, duit semua tu boleh cari lagi, kalau anak yang hilang, mana ada ganti lain"
aku tahu
mak mana yang tak sayang anak
tapi akak nak mak tahu
AKAK MEMANG SAYANG MAK
SAMPAI MATI
SAMPAI NAFAS TERAKHIR
AKAK TETAP SAYANG MAK !

ni kalau suami aku tak berterima kasih kat mak ayah aku
memang aku kawen lain !
eh ! HAHAHAHA
punye lah berkorban mak ayah aku jaga aku
sampai belikan kereta untuk study kat poli
padahal aku fikir nak motor je cukup

ni kalau aku tak reti balas jasa
tak reti jaga mak ayah bila tua
tak reti jaga maruah diri dan keluarga
aku tak tahu la anak jenis apelah aku ni !

bila aku teringat pasal maruah diri dan keluarga
heemm teringat pula kat ex lama
dia pernah mintak aku "sesuatu"
aku taknak bagi
sampai aku bagi alasan 
"KESIAN KAT MAK AYAH"

kau tahu ape dia jawab ?
"takpe, kite TETAP KAWEN"
Astaghfirullah
Astaghfirullah
Astaghfirullah
Ya Allah 
terima kasih jauhkan aku dari orang2 seperti dia
terima kasih Ya Allah
terima kasih Ya Allah
terima kasih Ya Allah
syukur sangat Allah jauhkan dia dari aku
Allah dah lama tunjuk
aku je yang taknak terima takdir

dulu aku fikir aku tak boleh hidup tanpa dia
rupe-rupenya bila aku tinggalkan dia
KEBAHAGIAAN itu datang bertimpa-timpa
hem, betul lah ye.....
keredhaan Allah sentiasa bersama orang yang mengingati Dia

ruginya hidup untuk nikmati kesedihan semata
padahal kebahagiaan disekeliling mu cuma

sekali aku melangkah
aku takkan berpatah balik !

Lelaki perosak seperti dia
tunjuk lah ape pun kebaikan
mata ku memandangnya cuma KEPALSUAN
maaf kata dari hati
memori dengan kau
kepahitan saja yang aku kenang
entah lah mengapa
maaf ya.

No comments:

Post a Comment